Penyeri Di Sini (:

something about me

My photo
Jgn tangisi kepedihan hari ini kerana ia tidak akan kembali tetapi mimpikan hari esok kerana matahari yg bersinar terang mungkin membawa cahaya terang yg bakal menyuluh hidupmu yg mendatang.....

Sunday, 1 April 2012

~Ketika Bunga Di Taman Sebelah Lebih Indah~




Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambaNya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkan kita

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)



Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..

Jangan pernah kita sakiti hatinya

Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..

Cinta tidak akan abadi jika diantara kita

Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian

dan Cinta akan hancur

Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..

Jagalah hati pasangan kita masing – masing

Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan semangat..

Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..

bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..

kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..

janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..

kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,

maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..

melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.

Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat

apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…

No comments:

Post a Comment